Mengenai Projek #SheCan Kotex
Kotex #SheCan ialah satu inisiatif oleh Kotex dengan misi untuk menyokong dan mempersiapkan wanita muda dengan pengetahuan yang mereka perlukan dalam menangani isu mengenai haid secara khususnya dan juga kehidupan secara amnya. Dengan keyakinan diri yang dipertingkatkan, mereka boleh memenuhi potensi diri mereka, kerana kini mereka boleh lakukan apa jua pada bila-bila masa, haid atau tidak, #SheCan.
#KotexSheCanFund
Selain menghilangkan kebimbangan yang harus dilalui setiap wanita pada setiap bulan, #KotexSheCanFund telah diwujudkan untuk memberi inspirasi kepada wanita dan membantu mereka mencapai impian mereka, bukan hanya untuk memperkayakan kehidupan mereka sendiri tetapi juga orang di sekeliling mereka.
#KotexSheCanFund mendorong cita-cita menjadi kenyataan. Memberi platform kepada perempuan dan wanita untuk impian yang diidamkan.
#KotexSheCanFund mendorong cita-cita menjadi kenyataan. Memberi platform kepada perempuan dan wanita untuk impian yang diidamkan.
#KotexSheCanFund
#KotexSheCanFund akan menaja jumlah RM100,000 untuk tujuan penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur sekolah-sekolah melalui #KotexSheCanProject.
Pelajar akan menerima mata ganjaran apabila mereka menyertai aktiviti Kotex #SheCan Project. Ini akan membantu menaikkan kedudukan sekolah mereka supaya lebih berpeluang memenangi sebahagian jumlah daripada pembiayaan tersebut.

Kelayakan
Hanya peserta yang berdaftar dengan sekolah dan guru yang mengambil bahagian adalah layak menerima mata ganjaran dan sampel produk serta berpeluang memenangi hadiah. Mereka yang mendaftar sendiri tidak dikira layak untuk menerima mata ganjaran, sampel produk dan memenangi hadiah.